Tuesday 11 December 2012

JOM BELAJAR FEQAH


DEFINISI ILMU FEQAH

Makna feqah : Feqah mempunayai dua makna :

1 1-     Dari segi bahasa                      2- Dari segi istilah

Feqah dari sudut Bahasa: Bermakna faham

Firman Allah Ta’ala :

ÉA$yJsù ÏäIwàs¯»yd ÏQöqs)ø9$# Ÿw tbrߊ%s3tƒ tbqßgs)øÿtƒ $ZVƒÏtn ÇÐÑÈ   
.
maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Sabda Rasulullah SAW :
إن طولا صلاة الرجل وقصر خطبته مئنة من فقهه

Sesungguhnya seseorang yang sembahyangnya lama ( sembahyang Jumaat ) dan khutbahnya pendek adalah petanda kefahamannya ( muslim :869 )

Feqah dari sudut syara’: kalimah feqah mempunyai dua makna :

1. Pertama : Mengetahui hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan orang-orang mukhallaf yang diambil daripada dalil-dalil yang nyata dan jelas iaitu Al Quran dan As Sunnah dan pecahan daripada keduanya seperti Ijma’ dan Ijtihad.

CONTOHNYA: kita mengetahui bahawa niat ketika berwudhu’ adalah wajib berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW :

إنما الأعمال بالنية
Sesungguhnya segala amalan itu hanya ( dikira ) dengan niat ( Al Bukhari dan Muslim:1907 )

CONTOH LAGI : seperti kita mengetahui bahawa niat pada waktu malam adalah syarat sah puasa berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

من لم يبيت الصيام قبل الفجر فلا صيام له
Sesiapa yang bermalam tanpa berniat untuk berpuasa sebelum terbit fajar maka tidak ada puasa baginya pada hari tersebut( Al Baihaqi (4/202) dan Al Daruqotni (2/172). Beliau menyatakan semua rawinya adalah thiqah.

CONTOH LAIN : seperti kita mengetahui bahawa sembahyang witir adalah sunat berdasarkan hadis yang menceritakan tentang seorang badwi yang bertanya Rasulullah SAW tentang sembahyang fardhu.Kemudian dia bertanya lagi,adakah masih ada sembahyang yang diwajibkan ke atasku?Jawab Rasulullah SAW:
Tidak melainkan kamu melakukan yang sunat.( Al Bukhari :1792 dan Muslim: 11 )

KESIMPULAN :
Semua hukum-hukum syara' yang kita ketahui di atas berdasarkan kepada dalil-dalil Al Quran dan As Sunnah yang dinamakan dengan feqah dari segi istilah.

2. Kedua : Hukum-hukum syara' itu sendiri.Oleh itu, apabila kita berkata : Anda mempelajari Feqah ia bermakna anda mempelajari hukum syara’ yang ada di dalam kitab-kitab feqah yang bersandarkan kepada Al Quran dan As Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Ijtihad mereka.

CONTOH :
Hukum-hukum mengambil air sembahyang , hukum-hukum jual beli, hukum-hukum perkahwinan dan penyusuan, hukum-hukum perang dan ijtihad dan lain-lain.
Kesemua hukum-hukum syara’ ini dinamakan dengan feqah dari segi istilah.

PERBEZAAN ANTARA ISTILAH PERTAMA DAN KEDUA  :

Istilah pertama: digunakan pada “mengetahui hukum hakam”

Istilah kedua   : digunakan pada hukum-hukum syara’ itu sendiri

Rujukan :Kitab Feqah Mazhab Feqh Syafi’e, karangan Dr Mustafa al Bugho & Ali Asy Syarbaji (Jilid 1 ).

No comments:

Post a Comment