Saturday 27 April 2013

APAKAH SEMUA BAHTERA ITU SAMA....??

Buat teman-teman yang sudah bergelar ISTERI tidak kira lah baru atau sudah lama, mahupun yang bakal bergelar isteri :) Usahlah sesekali membandingkan rumahtangga kita dengan rumahtangga jiran (mahupun rakan- rakan) kerana pengemudi dan penghuninya tidak sama meskipun zahirnya tampak sama (ada suami, ada isteri dan mungkin anak-anak).Bahtera kita dikemudikan oleh suami yang sudah pasti tidak sama dengan suami orang lain, maka janganlah kita mengharapkan rumahtangga kita 'sebiji' jalan ceritanya seperti rumahtangga orang lain.


Usah cemburu atas riang ketawa dan bahagia yang terzahir pada orang lain, kerana kita tidak tahu kisah duka dan air mata yang mereka lalui sepanjang hari. Usah cemburu atas kemewahan dan kejayaan yang terzahir pada orang lain, kerana kita tidak tahu kisah perit dan jerih yang mereka lalui sebelum hari ini.


Rumahtangga bukan mengenai seorang suami atau seorang isteri tetapi ia kisah lakaran dari sepasang suami isteri. Yakinlah, pasangan yang paling mencintai Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya! Orang yang cintanya mendalam kepada Allah, dia akan sentiasa melihat jalan kebaikan untuk berbuat bakti kepada pasangan tanpa mengharap balasan. Dia akan beri dan terus memberi khidmat kerana dia mencintai Allah dan sunnah Rasulullah maka dia mahu menjadi orang yang bermanfaat.


Maka, kalau benar cintamu mendalam kepada Allah dan Rasulullah, nikmatilah perjalanan yang telah Allah sediakan buatmu dengan pemberian seorang suami disisimu.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment