DEFINISI ILMU FEQAH
Makna feqah : Feqah mempunayai dua makna :
1 1- Dari segi bahasa 2-
Dari segi istilah
Feqah dari sudut Bahasa: Bermakna faham
Firman Allah Ta’ala :
ÉA$yJsù ÏäIwàs¯»yd ÏQöqs)ø9$# w tbrß%s3t tbqßgs)øÿt $ZVÏtn ÇÐÑÈ
.
maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir
tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
Sabda Rasulullah SAW :
إن طولا صلاة الرجل وقصر خطبته مئنة من فقهه
Sesungguhnya seseorang yang sembahyangnya
lama ( sembahyang Jumaat ) dan khutbahnya pendek adalah petanda kefahamannya (
muslim :869 )
Feqah dari sudut syara’: kalimah feqah mempunyai dua makna :
1. Pertama : Mengetahui hukum-hukum
syara’ yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan orang-orang mukhallaf yang
diambil daripada dalil-dalil yang nyata dan jelas iaitu Al Quran dan As Sunnah
dan pecahan daripada keduanya seperti Ijma’ dan Ijtihad.
CONTOHNYA: kita mengetahui bahawa niat ketika berwudhu’ adalah
wajib berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW :
إنما الأعمال بالنية
Sesungguhnya segala amalan itu hanya (
dikira ) dengan niat ( Al Bukhari dan Muslim:1907 )
CONTOH LAGI : seperti kita mengetahui
bahawa niat pada waktu malam adalah syarat sah puasa berdasarkan sabda
Rasulullah SAW:
من لم يبيت الصيام قبل الفجر فلا صيام له
Sesiapa yang bermalam tanpa berniat untuk
berpuasa sebelum terbit fajar maka tidak ada puasa baginya pada hari tersebut(
Al Baihaqi (4/202) dan Al Daruqotni (2/172). Beliau menyatakan semua rawinya
adalah thiqah.
CONTOH LAIN : seperti kita mengetahui
bahawa sembahyang witir adalah sunat berdasarkan hadis yang menceritakan
tentang seorang badwi yang bertanya Rasulullah SAW tentang sembahyang fardhu.Kemudian
dia bertanya lagi,adakah masih ada sembahyang yang diwajibkan ke atasku?Jawab Rasulullah SAW:
Tidak melainkan kamu melakukan yang sunat.(
Al Bukhari :1792 dan Muslim: 11 )
KESIMPULAN :
Semua hukum-hukum syara' yang kita ketahui di atas
berdasarkan kepada dalil-dalil Al Quran dan As Sunnah yang dinamakan dengan
feqah dari segi istilah.
2. Kedua : Hukum-hukum syara' itu sendiri.Oleh itu,
apabila kita berkata : Anda mempelajari Feqah ia bermakna anda
mempelajari hukum syara’ yang ada di dalam kitab-kitab feqah yang bersandarkan
kepada Al Quran dan As Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Ijtihad mereka.
CONTOH :
Hukum-hukum mengambil air sembahyang ,
hukum-hukum jual beli, hukum-hukum perkahwinan dan penyusuan, hukum-hukum
perang dan ijtihad dan lain-lain.
Kesemua hukum-hukum syara’ ini dinamakan
dengan feqah dari segi istilah.
PERBEZAAN ANTARA ISTILAH PERTAMA DAN
KEDUA :
Istilah pertama: digunakan pada “mengetahui hukum hakam”
Istilah kedua : digunakan pada hukum-hukum syara’ itu
sendiri
Rujukan :Kitab Feqah Mazhab Feqh Syafi’e,
karangan Dr Mustafa al Bugho & Ali Asy Syarbaji (Jilid 1 ).