Thursday 4 July 2013

SETAHUN PEMERINTAHAN DR MURSI

3 Kejayaan Terbesar Dr.Muhammad Mursi Presiden Mesir

1. Mengembalikan semula Dewan Rakyat (Parlimen) setelah mana dibubarkan oleh Pemerintah sementera Tentera.
2. Memberhentikan Panglima Tentera General Hussin Tantawi.
-Selepas persitiwa pembunuhan tentera dan pencerobohan yang berlaku di sempadan sinai.
3. Memecat Peguam Negara.

Garis Masa Setahun Pemerintahan Dr.Muhammad Mursi 2012 - 2013

24 Jun : Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir mengumumkan keputusan Pilihanraya Presiden dimenangi oleh calon daripada Parti Kebebasan dan Keadilan iaitu Dr. Muhammad Mursi dengan majoriti kecil menewaskan lawannya Ahmad Syafiq.

29 Jun : Dr.Muhammad Mursi mengangkat sumpah secara tidak rasmi di Dataran Tahrir di hadapan jutaan penyokongnya. Dalam masa yang sama menunjukkan kepada umum beliau tidak memakai jaket kalis peluru sepertimana presiden terdahulu, Hosni Mubarak.

Upacara angkat sumpah tidak rasmi ini sekaligus merupakan tamparan serta isyarat kepada pentadbiran sementara tentera yang diketuai oleh General Hussin Tantawi bahawa masa untuk mereka sebagai pemerintah sementara telah tamat.

30 Jun : Dr.Muhammad Mursi secara rasminya mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan dan juga di Dewan Rakyat (Parlimen).

Sementara itu, kerajaan sementara tentera mengumumkan kemenangan majoriti calon daripada Ikhwan Muslim di Dewan Rakyat (Parlimen) adalah tidak sah dengan undang-undang pilihanraya atas beberapa sebab.

9 Julai : Dr.Muhammad Mursi membuat kejutan dengan mengeluarkan deklarasi bahawa Dewan Rakyat tidak boleh dibubarkan sehingga Perlembagaan baru yang sedang dipinda siap sepenuhnya.

11 Julai : Dr.Muhammad Mursi menerima arahan daripada Mahkamah Perlembagaan bahawa keputusan deklarasi tersebut telah menghina keputusan mahkamah tinggi perlembagaan sebagai alasan untuk menolak dekri tersebut.

19 Julai : Dr.Muhammad Mursi mengarahkan agar kesemua untuk membebaskan semua 572 tahanan yang ditahan semasa kerajaan peralihan yang dipimpin oleh tentera selepas berlakunya revolusi 2011.

30 Julai : Dr.Muhammad Mursi memberikan pengampunan kepada 26 banduan Islam yang kebanyakkannya daripada Jemaah Islamiyah dan golongan islamis termasuklah daripada Ikhwan Muslimin. Baki yang lain dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkmah.

2 Ogos : Dr.Muhammad Mursi melantik Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri Mesir yang baru, bekas Menteri Pengairan dan Sumber air menggantikan Perdana Menteri Kamal Al-Janzuri.

Dr. Hisham Qandil telah menubuhkan kabinet dan dikalangan mereka adalah daripada Ikhwan Muslimin. Ini merupakan satu sejarah di dalam pemerintahan kerajaan Mesir.

8 Ogos : Berikutan serangan ke atas pegawal keselamatan di sempadan Sinai yang mengakibatkan 16 orang tentera Mesir. Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi telah memecat Ketua Perisikan yang juga Gabenor Utara Sinai zaman Hosni Mubarak, Mourad Mouwafi serta beberapa orang pegawai Kementerian Dalam Negeri kerana gagal melaksanakan tugas.

12 Ogos : Satu lagi kejutan dibuat oleh Dr.Muhammad Mursi iaitu mengarahkan Panglima Tentera merangkap Menteri Pertahanan Mesir, Jeneral Hussin Tantawi untuk bersara dan seorang lagi pegawai tentera Sami Anan, orang kedua terpenting dalam pasukan tentera.

Ketua Perisikan Tentera, Abdel Fattah El-Sisi kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan.

14 Ogos : Dr.Muhammad Mursi menganugerahkan kepada Jeneral Bersara Hussin Tantawi Pingat Grand Nil, anugerah tertinggi Mesir dan Sami Anan Pingat Negara. Kedua-duanya menjadi penasihat kepada presiden selepas bersara.

Walau bagaimanapun, tindakan ini menerima kritikan kerana dilihat salah satu perancangan halus sebagai jalan keluar kepada Hussin Tantawi, kerana pihak lawan ingin agar tentera (Tantawi) bertanggungjawab ke atas kerosakan dan keganasan yang berlaku kepada penunjuk perasaan sepanjang beliau memegang kerajaan peralihan.

15 Ogos : Lawatan kedua Dr.Muhammad Mursi ke Arab Saudi. Satu-satunya negara yang terawal dilawati oleh Presiden setakat ini untuk menghadiri persidangan OIC. Dalam persidangan tersebut Dr.Muhammad Mursi mendesak agar kerajaan pimpinan Bashar Assad di bubarkan kerana menyebabkan peperangan saudara diantara tentera Syria dan Tentera Pembebasan Syria (FSA).

22 Ogos : Dalam perbincangan bersama dengan Pengarah Urusan Yayasan Monetary Antarabangsa, Christine Lagarde, Dr.Muhammad Mursi memohon agar pinjaman dinaikkan kepada 4.8 billion daripada 3.2 billion yang dipohon sebelum belum dipilih menjadi Presiden selepas melihat perkembangan ekonomi Mesir yang agak tenat.

27 Ogos : Presiden melantik 4 orang pembantu dan 17 orang penasihat, mereka terdiri daripada kalangan Kristian, Liberal, Salafi, dan beberapa orang daripada kalangan Ikhwan Muslimin.

28 Ogos : Presiden membuat lawatan ke negeri China untuk mempromosikan peluang pelaburan.

30 Ogos : Salah satu tindakan yang membimbangkan Amerika, Presiden Mesir Dr.Muhammad Mursi mengadakan lawatan ke Iran. Lawatan pertama dalam tempoh 30 tahun bagi menghadiri persidangan NAM. Namun, di luar jangkaan, beliau menghangatkan suasana dengan mengutuk Iran kerana menyokong Regim Assad di Syria.

13 September : Dr.Muhammad Mursi mengutuk serangan ke atas kedutaan Amerika oleh rakyat Mesir sebagai respon kepada penghasilan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ini menegangkan hubungan diantara Mesir-Amerika kerana tindakan Dr.Muhammad Mursi yang dilihat terlalu lambat dalam menenangkan keadaan. 2 hari selepas demoanstarsi berakhir, Presiden Amerika, Barack Obama memberi amaran.

26 September : Ketika berucap di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, beliau menegaskan pendirian Mesir dalam menangani isu Syria, dengan mengajak kepada negara Islam seperti Mesir, Turki, Arab Saudi dan Iran dalam mencari penyelesaian krisis di Syria.

Beliau juga mengkritik Israel menubuhkan penempatan haram di Palestin serta menegaskan bahayanya Israel kerana tidak mengumumkan memiliki senjata nuklear. Sekembalinya beliau di Mesir, jurucakap beliau mengumumkan tiada keperluan untuk meminda Perjanjian Camp David diantara Israel-Mesir.

Perjanjian tersebut yang telah dimetrai pada 1979 dipersalahkan kerana perjanjian tersebut telah menghadkan kedudukan tentera Mesir di sempadan Sinai sehingga akhirnya menyebabkan 16 tentera Mesir mati dan memudahkan serangan serta pencerobohan dilakukan.

6 Oktober : Dr.Muhammad Mursi menyeru kepada ribuan penyokongnya sempena sambutan Ulangtahun Perang Oktober 1973, kerana banyak perubahan perlu dilakukan dalam usaha merealisasikan 100 hari pemerintahan beliau. Perakara tersebut termasuklah kesesakkan lalu lintas, roti dan kebersihan.

Pengkritik menyatakan Dr.Muhammad Mursi gagal mencapai target 100 hari pemerintahan beliau dan mengadakan demonstasi minggu berikutnya hingga mencetuskan pertempuran diantara kedua-dua pihak.

22 November : Dr.Muhammad Mursi membuat tindakan paling besar dengan memanggil Deklarasi Perlembagaan yang akan meletakkannya diluar kuasa kehakiman.

Deklarasi tersebut dilindungi oleh Majlis Perlembagaan, yang akan menulis Perlembagaan Baru, dan Majlis Tertinggi Syura, daripada dibubarkan oleh arahan Mahkamah.

Dewan Rakyat telah dibubarkan pada bulan Jun selepas kerajaan peralihan mendakwa terdapat perlanggaran undang-undang pilihanraya.

Kedua-dua dewan tersebut majoritinya dikuasai oleh Ikhwan Muslimin dan Islamis.

Deklarasi tersebut juga memberikan kuasa kepada Presiden untuk melantik Peguam Negara untuk tempoh empat tahun. Hakim Talaat Ibrahim Mohamed Abdullah, bekas TImbalan Ketua Hakim Mahkamah Mesir, dilantik sebagai ganti Peguam Negara.

Deklarasi tersebut juga mengarahkan pembicaraan semula kes yang melibatkan pertuduhan mereka yang dituduh membunuh dan mencederakan penunjuk perasaan pada tahun 2011 yang berlaku di Medan Tahrir jika bukti-bukti baru diperolehi.

Tindakan ini mendapat kritikan keras daripada pihak lawan, hakim-hakim dan peguam, serta sebahagian besar rakyat kerana dilihat sebagai tindakan diktator. Namun, tindakan ini mendapat sokongan kerana dilihat sebagai cara untuk memelihara revolusi. Selepas pengumuman deklarasi ini, seramai 21 orang penasihat meletak jawatan.

Deklarasi ini juga membawa kepada protest diseluruh negara, dan rakyat turun kembali ke medan tahrir serta di hadapan istana presiden sehingga mencederakan beratus-ratus penunjuk perasaan dan beberapa orang mati apabila berlaku pertembungan di antara dua pihak.

2 Disember : Dr.Muhammad Mursi memanggil untuk diadakan pungutan suara pada 15 Disimber selepas Perlembagaan Baru siap ditulis oleh Majlis Perlembagaan.

26 Disember : Suruhanjaya Pilihanraya Mesir mengumumkan, selepas pungutan suara dibuat bagi meluluskan Perlembagaan Baru Mesir. Sebanyak 63.8% rakyat Mesir menyokong perlembagaan baru ini dan ia diluluskan serta di tanda tangan oleh Presiden secara rasminya.

sumber : http://pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2311:setahun-pemerintahan-drmuhammad-mursi-presiden-mesir&catid=54:berita&Itemid=411