Saturday 27 April 2013

APAKAH SEMUA BAHTERA ITU SAMA....??

Buat teman-teman yang sudah bergelar ISTERI tidak kira lah baru atau sudah lama, mahupun yang bakal bergelar isteri :) Usahlah sesekali membandingkan rumahtangga kita dengan rumahtangga jiran (mahupun rakan- rakan) kerana pengemudi dan penghuninya tidak sama meskipun zahirnya tampak sama (ada suami, ada isteri dan mungkin anak-anak).Bahtera kita dikemudikan oleh suami yang sudah pasti tidak sama dengan suami orang lain, maka janganlah kita mengharapkan rumahtangga kita 'sebiji' jalan ceritanya seperti rumahtangga orang lain.


Usah cemburu atas riang ketawa dan bahagia yang terzahir pada orang lain, kerana kita tidak tahu kisah duka dan air mata yang mereka lalui sepanjang hari. Usah cemburu atas kemewahan dan kejayaan yang terzahir pada orang lain, kerana kita tidak tahu kisah perit dan jerih yang mereka lalui sebelum hari ini.


Rumahtangga bukan mengenai seorang suami atau seorang isteri tetapi ia kisah lakaran dari sepasang suami isteri. Yakinlah, pasangan yang paling mencintai Allah akan paling mendalam cintanya terhadap pasangannya! Orang yang cintanya mendalam kepada Allah, dia akan sentiasa melihat jalan kebaikan untuk berbuat bakti kepada pasangan tanpa mengharap balasan. Dia akan beri dan terus memberi khidmat kerana dia mencintai Allah dan sunnah Rasulullah maka dia mahu menjadi orang yang bermanfaat.


Maka, kalau benar cintamu mendalam kepada Allah dan Rasulullah, nikmatilah perjalanan yang telah Allah sediakan buatmu dengan pemberian seorang suami disisimu.


Wallahua'lam.

Tuesday 16 April 2013

KENAPA MERAHSIAKAN PERTUNANGAN...???

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiba-tiba datang mood nak tulis tentang pertunangan:)....sejak akhir- akhir ini soalan yang sering ditanya..."Eh ko dah bertunang ke? Dengan siapa? Tak ajak pun..sampai hati... :)Cantik cincin,siapa tunang :)..tiada kalam yang mampu dituturkan melainkan hanya senyuman yang diberi...teringin juga menjawab persoalan teman-teman, namun bibir hanya mampu terkunci rapat menahan segala jawapan...

Berjuta kemaafan kepada semua rakan-rakan jika terguris hati dengan sikap saya, Kadangkala teringin juga berkongsi kegembiraan yang dirasai, namun diri ini masih perlu menjaga batasan syara' selagi mana tiada ikatan yang sah...:)Ceewah bermadah pujannga plak...:) huhuhu

Hurmmmm...ramai yang musykil, kenapa perlu dirahsiakan pertunangan? Bukan ke kena bagitau orang ramai yang kita dah bertunang supaya nanti takde lelaki lain masuk meminang?alah bagitau je nama tunang boleh kami tolong-tolong doakan :) niat yang baik alhamdulillah..:)..

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa pertunangan itu sebaik-baiknya dirahsiakan...

"RAHSIAKAN PERTUNANGAN DAN IKLANKAN (MAKLUMKAN) PERKAHWINAN"
HR AHMAD


Kalo direnung betul-betul, kita akan nampak hikmah di sebaliknya. Pertunangan adalah satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau mungkin terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri (sumber: Ummi Mona)

Dalam kes kita takut ada lelaki lain datang meminang, jika dia merisik dahulu keluarga perempuan, automatik dia akan tahu perempuan itu sudah diikat dengan orang lain. Dan adalah haram bagi lelaki untuk meminang perempuan yang menjadi tunangan orang lain...

Seeloknya kita mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah mengkhabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara terdekat dan pihak yang terlibat. Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu...qada' dan qadar Allah...hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu...:)

Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai.  Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. 

Moga segalanya dipermudahkan Allah...ameen.:) :)