Friday 14 December 2012

TAZKIRAH HARI INI ^-^



Hari Jumaat dipenuhi kelebihan. Antaranya, satu saat tersembunyi yang diterima padanya doa setiap hamba 

Allah. Antara yang dirajihkan oleh ulama kita selain saat khatib menaiki mimbar Jumaat sehingga selesai solat 

Jumaat, adalah saat-saat berlalu selepas solat Asar atau saat paling hujung sebelum maghrib.

Maka rebutilah peluang ini setiap kali Jumaat. Berdoa dengan penuh khusyu' dan mengharap. Allah pasti 

memakbulkan.. segera atau kemudian hari..

(  Ustaz Nik Mohamad Abduh )

Thursday 13 December 2012

NOTA FEQAH BAB TAHAROH DAN WUDHU'



 NOTA FEQAH  TINGKATAN EMPAT 


VIDEO ILMIAH, DEFINISI BAHAGIAN-BAHAGIAN AIR

APA MAKNA AIR ???


APA MAKSUD AIR MUTLAK DAN AIR MUSYAMMAS???



APA MAKSUD AIR MUSTA'MAL??



APA MAKSUD AIR MUTANAJJIS





TAHAROH ( BERSUCI )


NAK BELAJAR BAB TAHAROH / BERSUCI KLIK DI SINI


Rahsia Di Sebalik Wudhu' (Air Sembahyang)

RAHSIA DI SEBALIK WUDHU'

Tidak sah solat jika kita mengerjakannya dengan meninggalkan wuduk. Pernahkah kita terfikir mengapakah wuhuk dijadikan syarat wajib?
Mengapa tangan bersama dengan air perlu menyentuh anggota-anggota tubuh? Mengapa muka, kepala dan telinga yang dibasuh? Juga kenapa mesti tangan dan kaki? Setiap perintah Allah SWT memiliki kebaikan dan hikmah tentu disebaliknya. Semua lima pancaindera, tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
.
Difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
.
Masih banyak rahsia yang terkandung dalam wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui. Namun begitu terdapat ahli sains dan pakar saraf/ neurologist berjaya mengungkap sedikit rahsia yang terdapat pada anggota wuduk.

DOA SEBELUM DAN SELEPAS BERWUDHU'



DOA SEBELUM BERWUDHU'




DOA SELEPAS BERWUDHU'






Wednesday 12 December 2012

AIR YANG BOLEH DIBUAT BERWUDHU'

AIR YANG BOLEH DIBUAT BERWUDHU' ADALAH 
AIR MUTLAK

Air mutlak iaitu :-

1- AIR HUJAN

2- AIR SUNGAI

3- AIR LAUT

4- AIR MATA AIR

5- AIR PERIGI

6- AIR SALJI

7- AIR EMBUN



AIR YANG TIDAK BOLEH DIBUAT BERWUDHU'

1- AIR MUSTA'MAL  :  AIR YANG KURANG DARI 2 KOLAH YANG TELAH DIGUNAKAN

2- AIR MUTANAJJIS :  AIR YANG TELAH BERCAMPUR DENGAN NAJIS

  • Jika bertemu air di dalam takung, untukberwudhu' di dalamnya, pastikan air itu melebihi sukatanya 2 kolah.
  • 2 kolah itu mengikut panjang kiraan lebar 2x lebar x tinggi adalah dalam anggaran 62cm x 62cm x 65cm dengan syarat air itu tidak berubah sifatnya seperti bau, zat dan warnanya oleh yang masuk ke dalamnya.
  • Jika kurang 2 kolah, dan diyakini air itu, maka dibolehkan guna dengan syarat menggunakan pencedok seperti gayung.





PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU'

 VIDEO MENGENAI PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU'





GAMBAR RAJAH BERKENAAN DENGAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU'







SYARAT SYARAT SAH WUDHU'


SYARAT-SYARAT SAH WUDHU'

Antara syarat-syaratnya adalah :

1- Orang Islam yang sudah mumaiyiz

2- Orang yang berakal

3- Suci daripada haid dan nifas

4- Air yg suci dan boleh menyucikan

5-Jangan ada sesuatu yang mengubah sifat air pada anggota wudhu'

6- Jangan ada sesuatu yang menegah air sampai ke anggota wudhu'

7- Mengetahui dan memahami cara wudhu' serta dapat

    membezakan antara wajib dan sunat

CARA WUDHU' RASULULLAH S.A.W



Cara Wudhu' Rasulullah S.A.W 

 Sunnah Baginda Rasullullah S.A.W 

Beberapa buah hadis dan riwayat dapat menerangkan bagaimana cara wudhu' Rasulullah S.A.W.Antaranya adalah :

" Daripada Hamran, Osman bin Affan meminta air bagi berwudhu', kemudian beliau terus berwudhu' dengan membasuh dua tapak tangannya 3 kali, kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannnya, kemudian membasuh tangah kanan hingga ke siku 3 kali, kemudian tangan yang lain begitu juga, kemudian ia menyapu kepalanya, kemudian membasuh kaki kananya hingga sampai buku lali 3 kali, kemudian kaki kirinya begitu juga, kemudian Osman berkata , saya lihat Nabi Muhammad berwudhu' seperti wudhu'yang saya lakukan."

RUKUN WUDHU' - SUNAT WUDHU' - MAKRUH WUDHU'




 RUKUN WUDHU'

1- Rukun Wudhu’ : Perkara yang wajib dilaksanakan, jika tertinggal maka tidak sah                                    wudhu’
·         Niat    
·         Membasuh muka ( dari anak rambut di dahi )
·         Membasuh tangan dari hujung jari hingga ke siku
·         Membasuh sebahagian dari kepala
·         Membasuh kaki dari jari hingga ke buku lali
·         Tertib ( mengikut susunan )

SUNAT WUDHU’

2-Sunat Wudhu’ : Jika buat dapat pahala lebih
·         Membaca Basmallah
·         Membasuh kedua tapak tangan 3x
·         Bersiwak ( berus gigi )
·         Berkumur-kumur
·         Beristinsyaq ( memasukkan air ke dalam hidung )
·         Menyelati janggut yang tebal,jari –jari dengan air
·         Menyapu semua kepala
·         Menyapu kedua telinga
·         Menghadap kiblat
·         Tidak bercakap-cakap
·         Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
·         Membasuh 3 kali setiap anggota wudhu'
MAKRUH WUDHU’

Makruh wudhu’: ( Tuhan benci jika kita buat )
·         Membazir air
·         Mendahulukan kiri ketika membasuh
·         Mengelap air wudhu’
·         Meminta orang lain membasuhkan anggota wudhu’nya




WUDHU'

DEFINISI WUDHU'

Definisi Wudhu' : Terbahagi kepada dua :-

1- Dari sudut bahasa
2- Dari sudut syara'

Definisi Wudhu' dari sudut bahasa : Bersih dan indah  

Definisi Wudhu' dari sudut syara'  : Menggunakan air pada anggota badan tertentu dengan cara  tertentu yang dimulai dengan niat untuk menghilangkan hadas kecil.

Wudhu' merupakan salah satu syarat sahnya solat (orang yang akan solat, diwajibkan berwudhu terlebih duhulu, tanpa wudhu solatnya tidak sah.)

Ayat Al-Qur'an yang merupakan Dasar Kewajiban Wudhu' berbunyi:

[sholat+fix.jpg]


Ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah mukamu, tangan sampai sikumu, dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kakimu sampai dengan kedua mata kaki." 
(Al-Maidah, ayat 6).









Tuesday 11 December 2012

SUKATAN MATA PELAJARAN FEQAH TINGKATAN EMPAT


SUKATAN MATAPELAJARAN FEQAH TINGKATAN EMPAT
SMA ( JAIM ), MELAKA

      BAHAGIAN : ( فقه العبادة )FEQH IBADAH


TAJUK

الموضوع


Bersuci

الطهارة

Wudhu’

الوضوء


Istinja’

الإستنجاء


Samak

الدّباغ


Perkara yang membatalkan wudhu’

نواقض الوضوء


Mandi

الغسل


Apa yang diharamkan ke atas orang yang dalam keadaan haid, junub dan nifas

ما يحرم على الحاءئض والجنب ولنّفاس


Menyapu ke atas kedua khuf

المسح على الخفين


Tayammum

التّيمم


Najis

النّجاسة











PEMBAHAGIAN HUKUM FEQH


Para ulama' telah membahagi hukum-hukum fiqh tersebut sebagai berikut ;

(1) Hukum yang berkaitan dengan ibadah kepada Allah SWT, seperti salat, puasa dan haji; hal   ini dinamakan dengan ibadah.

(2) Hukum yang ber­kaitan dengan permasalahan keluarga, seperti nikah, talak, masalah keturunan, dan nafkah; dise­but sebagai ahwal asy-syakhsiyyah.

(3) Hukum yang ber­kaitan dengan hubungan antara sesama manusia dalam rangka memenuhi keperluan masing-masing yang berkaitan dengan masalah harta dan hak-hak; disebut al-muamalah.

(4) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan atau tindakan; disebut jinayah atau 'uqubah.

(5) Hukum yang berkaitan dengan penyelesaian sengketa antara sesama ma­nusia, dinamakan ahkam al-qada'.

(6) Hukum yang mengatur hubungan antara penguasa dan rakyatnya; disebut al-ahkam as-sultaniyyah atau siyasah asy-syar'iyyah.

(7) Hukum yang mengatur hubung­an antaranegara dalam keadaan perang dan damai; disebut siyar atau al-huquq ad-dawliyyah.

(8) Hu­kum yang berkaitan dengan akhlak, baik dan buruk; disebut dengan adab.

Keseluruhan hukum yang disebutkan di atas tidak hanya mengandungi makna keduniaan, tetapi juga mengandungi makna keakhiratan. Hal ini bermaksud, nilai dari sesuatu hukum tidak hanya berkait dengan hukum di dunia ini, tetapi juga hukum ukhrawi, kerana Islam tidak memisahkan antara dunia dan akhirat, walaupun keduanya mampu dibezakan.


JOM BELAJAR FEQAH


DEFINISI ILMU FEQAH

Makna feqah : Feqah mempunayai dua makna :

1 1-     Dari segi bahasa                      2- Dari segi istilah

Feqah dari sudut Bahasa: Bermakna faham

Firman Allah Ta’ala :

ÉA$yJsù ÏäIwàs¯»yd ÏQöqs)ø9$# Ÿw tbrߊ%s3tƒ tbqßgs)øÿtƒ $ZVƒÏtn ÇÐÑÈ   
.
maka apakah Yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Sabda Rasulullah SAW :
إن طولا صلاة الرجل وقصر خطبته مئنة من فقهه

Sesungguhnya seseorang yang sembahyangnya lama ( sembahyang Jumaat ) dan khutbahnya pendek adalah petanda kefahamannya ( muslim :869 )

Feqah dari sudut syara’: kalimah feqah mempunyai dua makna :

1. Pertama : Mengetahui hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan orang-orang mukhallaf yang diambil daripada dalil-dalil yang nyata dan jelas iaitu Al Quran dan As Sunnah dan pecahan daripada keduanya seperti Ijma’ dan Ijtihad.

CONTOHNYA: kita mengetahui bahawa niat ketika berwudhu’ adalah wajib berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW :

إنما الأعمال بالنية
Sesungguhnya segala amalan itu hanya ( dikira ) dengan niat ( Al Bukhari dan Muslim:1907 )

CONTOH LAGI : seperti kita mengetahui bahawa niat pada waktu malam adalah syarat sah puasa berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

من لم يبيت الصيام قبل الفجر فلا صيام له
Sesiapa yang bermalam tanpa berniat untuk berpuasa sebelum terbit fajar maka tidak ada puasa baginya pada hari tersebut( Al Baihaqi (4/202) dan Al Daruqotni (2/172). Beliau menyatakan semua rawinya adalah thiqah.

CONTOH LAIN : seperti kita mengetahui bahawa sembahyang witir adalah sunat berdasarkan hadis yang menceritakan tentang seorang badwi yang bertanya Rasulullah SAW tentang sembahyang fardhu.Kemudian dia bertanya lagi,adakah masih ada sembahyang yang diwajibkan ke atasku?Jawab Rasulullah SAW:
Tidak melainkan kamu melakukan yang sunat.( Al Bukhari :1792 dan Muslim: 11 )

KESIMPULAN :
Semua hukum-hukum syara' yang kita ketahui di atas berdasarkan kepada dalil-dalil Al Quran dan As Sunnah yang dinamakan dengan feqah dari segi istilah.

2. Kedua : Hukum-hukum syara' itu sendiri.Oleh itu, apabila kita berkata : Anda mempelajari Feqah ia bermakna anda mempelajari hukum syara’ yang ada di dalam kitab-kitab feqah yang bersandarkan kepada Al Quran dan As Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Ijtihad mereka.

CONTOH :
Hukum-hukum mengambil air sembahyang , hukum-hukum jual beli, hukum-hukum perkahwinan dan penyusuan, hukum-hukum perang dan ijtihad dan lain-lain.
Kesemua hukum-hukum syara’ ini dinamakan dengan feqah dari segi istilah.

PERBEZAAN ANTARA ISTILAH PERTAMA DAN KEDUA  :

Istilah pertama: digunakan pada “mengetahui hukum hakam”

Istilah kedua   : digunakan pada hukum-hukum syara’ itu sendiri

Rujukan :Kitab Feqah Mazhab Feqh Syafi’e, karangan Dr Mustafa al Bugho & Ali Asy Syarbaji (Jilid 1 ).